PBB Cawangan Simunjan Agih Sebanyak 850 Bubur Lambuk

SABTU, 17 APRIL 2021

SIMUNJAN: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simunjan mengagihkan sebanyak 850 bungkusan bubur lambuk sempena bulan Ramadan ini.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Rangawan, Kampung Tanjung Kelaso, Kampung Rangkang, Kampung Rangawan Hulu dan Kampung Terasi.

Program yang berlangsung pada petang Sabtu itu telah melibatkan ahli-ahli Parti PBB Cawangan Simunjan dan kesemua bubur lambuk tersebut diedarkan ke dua masjid dan tiga surau di Zon 4 Rangawan.

Antara masjid dan surau yang terlibat dengan pengagihan bubur lambuk tersebut adalah Masjid Kampung Rangawan, Masjid Kampung Tanjung Kelaso, Surau Kampung Rangkang, Surau Kampung Rangawan Hulu dan Surau Kampung Terasi.

Sebanyak 200 bungkus bubur lambuk telah diagihkan untuk setiap masjid dan 150 bungkus lagi untuk setiap surau.

Bungkusan bubur lambuk telah diagihkan oleh Ketua PBB Zon 4 Rangawan mewakli ADUN Simunjan, Rafendy Ariffen.

Turut hadir di program tersebut ialah Ketua Wanita PBB Cawangan Simunjan, Rosita Poni dan Ketua Pemuda Cawangan Simunjan, Mohamad Alsaqaf Mohd Jaafar. -EDISI UKAS

Share

add comment