SABTU, 17 APRIL 2021
SARIKEI: Sebanyak 30 pek bantuan makanan diagihkan kepada penduduk Rumah Panjang Naning, Sungai Baji yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Program Human Assistance Disaster Relief (HADR) itu dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Sarikei dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarikei serta dibantu pihak RELA pada Sabtu.
Sebagai rekod, Rumah Panjang Naning dikenakan PKPD selama 14 hari bermula 16 hingga 30 April 2021. – EDISI UKAS