Terus Patuhi SOP, Kita Masih Belum Menang – Lukanisman

SABTU, 17 APRIL 2021

SIBUTI: Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni mengingatkan masyarakat di Sibuti supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. 

Menurut beliau, Bahagian Miri termasuk Sibuti masih lagi mencatat penularan wabak COVID-19 yang tinggi dan pada tahap membimbangkan.

“Terus patuhi SOP dan jika tiada keperluan jangan keluar dan duduk rumah sahaja.

“Kita masih belum menang dan lindungi diri, keluarga dan orang lain,” katanya semasa ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jabbar Niah pada Jumaat. 

Pada kesempatan itu, beliau turut mengagihkan sendiri sejadah kecil kepada para jemaah yang hadir dan menyerahkan geran Aktiviti Tahunan Surau Bukit Bom sebanyak RM2,000 dan juga geran Aktiviti Ramadhan sebanyak RM1,000. 

Turut diserahkan geran Aktiviti Tahunan kepada Masjid Al Jabbar Niah sebanyak RM5,000 dan geran Aktiviti Ramadan sebanyak RM2,000. -EDISI UKAS

Share

add comment