ADUN Kedup Tinjau Projek Di Kampung Mantung Mubuk

AHAD, 18 APRIL 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben meluangkan masa melakukan lawatan kerja ke Kampung Mantung Mubuk pada Sabtu.

Lawatan beliau adalah untuk melihat keadaan Gereja St. Slyvester yang memerlukan usaha baik pulih, meninjau tapak cadangan membina dewan kampung yang baharu dan kerja pembinaan astaka padang bola sepak di kawasan itu.

Beliau turut meninjau perkembangan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) iaitu pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Kedup ke Kampung Mantung Mubuk dan Kampung Mantung Berawan.-EDISI UKAS

Share
0