Pengagihan Bubur Lambuk Kawasan DUN Gedong

AHAD, 18 APRIL 2021

GEDONG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Gedong mula mengagihkan bubuk lambuk kepada penduduk setempat sempena bulan Ramadan tahun ini.

Menteri Muda Perdagangan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais telah hadir menyempurnakan pengagihan bubur lambuk tersebut.

Sebagai permulaan, penduduk Kampung Lalang Mayak diberi giliran pertama untuk memasak dan mengagihkan bubur lambuk.

Pengagihan bubur lambuk tersebut adalah bertujuan bagi menampung keperluan umat Islam khasnya di DUN Gedong berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Hadir sama dalam program pengagihan bubur lambuk itu ialah Ketua Wanita PBB Gedong, Hasanah Majais dan Ketua Kaum Kampung Lalang Mayak, Masri Jamahari. -EDISI UKAS

Share

add comment