Penjaja Di RTC Bekenu Dinasihatkan Terus Patuhi SOP PKPB

AHAD, 18 APRIL 2021

BEKENU: Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni menasihatkan setiap penjaja terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

Katanya, ini bertujuan mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 di negeri ini khususnya di Bahagian Miri yang meningkat. 

“Hanya dengan mematuhi SOP masyarakat mampu mengekang penularan wabak COVID-19 yang sehingga hari ini masih belum reda dan meningkat naik,” katanya ketika menyampaikan baju T dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) seperti pelitup muka, pembersih tangan, sarung tangan plastik dan apron bagi kegunaan penjaja sempena bulan Ramadan kepada Jawatankuasa Penjaja Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bekenu pada Sabtu. 

Seramai 209 peniaga menerima sumbangan baju T dan 100 PPE telah diedarkan kepada peniaga sepanjang lawatan tersebut.

Pada masa sama, beliau turut membeli juadah berbuka puasa di Pusat RTC Bekenu. -EDISI UKAS 

Share

add comment