Persatuan Bekas Polis Cawangan Limbang Terima Sumbangan Komputer Dan Pencetak Daripada Ahli Parlimen Limbang

AHAD, 18 APRIL 2021

LIMBANG: Persatuan Bekas Polis Cawangan Limbang mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen LImbang Datuk Hasbi Habibollah atas sumbangan komputer ini. 

Pengerusi Persatuan Bekas Polis Cawangan Limbang Roslan Kimin berkata, persatuan ini baharu sahaja ditubuhkan pada tahun 2019 yang bertujuan menjaga kebajikan bekas-bekas polis atau pesara-pesara polis di samping mengeratkan silaturahim.

“Walaupun masih baharu, dalam tempoh dua tahun ini banyak juga aktiviti-aktiviti yang telah diadakan persatuan tersebut.

“Dengan adanya komputer dan pencetak tersebut, ia akan memudahkan ahli persatuan membuat dokumentasi persatuan dan tidaklah perlu meminjam komputer orang lain,” katanya menerusi ucapan ringkas selepas menerima sumbangan komputer dan pencetak daripada Pegawai Khas Ahli Parlimen Limbang Ali Omar baru-baru ini. 

Tambah Roslan lagi, Persatuan Bekas Polis Cawangan Limbang dinaungi Ketua Polis Daerah Limbang dan turut diambil berat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis. -EDISI UKAS

Share

add comment