Projek Pembinaan Jalan Ke Kampung Prangkan Dari Jalan Serian-Mongkos Dijangka Bermula Julai 2021

AHAD, 18 APRIL 2021

SERIAN: Projek pembinaan jalan ke Kampung Prangkan dari Jalan Serian-Mongkos yang sepanjang 7 kilometer dan dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM22 juta dijangka dilaksanakan mulai Julai 2021.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben berkata, tender bagi projek berkenaan telah ditender oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Mac lepas.

Jelasnya, apabila siap kelak, projek berkenaan akan memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk kampung berkenaan.

Bercakap ringkas semasa lawatan kerja meninjau projek dan randau bersama penduduk di Kampung Prangkan Marung pada Sabtu, beliau menambah, projek bekalan air masih giat dilaksanakan di kampung tersebut.

Katanya, mana-mana rumah yang belum termasuk dalam projek bekalan air itu dikehendaki mengemukakan permohonan untuk tindakan selanjutnya. -EDISI UKAS

Share

add comment