AHAD, 18 APRIL 2021
MIRI: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Miri telah menyampaikan sumbangan berupa 100 kg daging segar kepada pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri.
Sumbangan telah disampaikan wakil YaPEIM Fazli Nasulun kepada Pegawai JBPM Zon 6 Miri Law Poh Kiong dalam satu majlis ringkas di Surau Darul Hikmah, Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng baru-baru ini.
Menurut Fazli, sumbangan merupakan pengisian kepada Program Food Bank YaPEIM 2.0 (Negeri Sarawak).
Ianya diberikan kepada 100 orang kakitangan JBPM Zon 6 Miri termasuk warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak yatim serta ahli keluarga anggota Bomba dalam Daerah Miri. -EDISI UKAS