156 Orang Terima Vaksin COVID-19 Di Dewan Sukan Tatau

ISNIN, 19 APRIL 2021

TATAU: Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kelawit Jainudin Abdul Rahman melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas suntikan vaksin COVID-19 dos pertama. 

Katanya, suntikan vaksin COVID-19 ini telah memberi keyakinan kepadanya untuk berhadapan dengan murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. 

“Sudah lama saya menunggu untuk mendapatkan vaksin COVID-19. 

“Dengan vaksin ini akan dapat meningkatkan daya ketahanan badan dan menghindari penularan COVID-19,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin, Dewan Sukan Tatau pada Sabtu.

Dalam pada itu, Jainudin turut menggesa orang ramai yang belum mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin segera mendaftar bagi menyahut seruan kerajaan dan seterusnya mengelak penularan wabak COVID-19. 

Seramai 156 orang yang terdiri dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 31 orang dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM),  dan 3 orang anggota Bomba turut mendapat suntikan vaksin COVID-19 dos pertama. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia