50 Asnaf Daerah Limbang Terima Bantuan Daripada RTM Limbang Dan TBS Limbang

ISNIN, 19 APRIL 2021

LIMBANG: Seramai 50 asnaf telah menerima bantuan berupa barangan makanan dan wang tunai bagi meringankan beban golongan yang kurang mampu sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri pada Sabtu.

Bantuan itu merupakan sumbangan daripada RTM Limbang dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Limbang, dan disampaikan Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat. 

Tidak semua asnaf hadir di majlis tersebut disebabkan kekangan logistik, jarak dan kesihatan yang dihadapi. 

Bagaimanapun, mereka yang tidak hadir boleh mengambil bantuan di Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang, Tingkat Satu, Wisma LAKIL Limbang pada bila-bila masa waktu pejabat mengikut kesesuaian penerima bantuan. 

Selain itu, beberapa kakitangan RTM yang telah dan akan bersara juga diraikan dalam majlis itu serta penyampaian sumbangan kepada kakitangan RTM Limbang. 

Selepas itu, diadakan solat Maghrib berjemaah, tazkirah ringkas dan solat Isyak serta solat sunat Tarawih dan Witir.

Hadir sama Pengurus Stesen RTM Limbang Marrill anak Chunggat, Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang Junidi Lamat, Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Limbang Pulnama Tarah, Ketua Imigresen Bahagian Limbang Kalsom Ahmad, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang Kapten Sulaiman Salama dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Yusairy Yahya. -EDISI UKAS

Share

add comment