720 Petugas Barisan Hadapan Di Limbang Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Dos Kedua

ISNIN, 19 APRIL 2021

LIMBANG: Seramai 720 petugas barisan hadapan di Limbang menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua bermula 18 hingga 20 April 2021 di Dewan Suarah Limbang.

Pada Ahad, seramai 54 orang petugas barisan hadapan menerima suntikan vaksin COVID-19 dan selebihnya menerima  vaksin COVID-19 pada Isnin dan Selasa ini. 

Ramai di antara mereka yang ditemui berasa lega setelah mendapat suntikan dos kedua. 

Bagaimanapun, ianya bukanlah satu ‘kekebalan’ untuk tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) seperti yang telah dikuatkuasakan kerajaan.

Sementara itu, Fasa Kedua Program Imunisasi Vaksin COVID-19 dijangka akan dilaksanakan pada awal bulan Mei 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment