ADUN Dalat Santuni Golongan Asnaf, Serah Cek MRP

ISNIN, 19 APRIL 2021

DALAT: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak merangkap ADUN Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah pada Sabtu berkesempatan menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di sekitar daerah Oya.

Agihan pertama dilaksanakannya di Kampung Kuala Hilir Oya kepada 20 penerima di mana beliau turut menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Dalat kepada JKKK Kampung Kuala Hilir Oya untuk pembinaan pembentung kepada Ketua Kaum Sulhi Mahdzar dan cek untuk aktiviti surau kepada Pengerusi Surau.

Seterusnya, Dato Sri Fatimah mengagihkan sumbangan zakat kepada 20 lagi asnaf di Kampung Kuala Tengah Oya di mana pada program sama, beliau turut menyerahkan cek MRP untuk aktiviti Skuad Kasih Sayang N.56 Dalat dan cek untuk aktiviti bulan Ramadan.

Manakala di Kampung Boom, Oya, Dato Sri Fatimah telah menyerahkan cek MRP kepada Biro Sukan dan Kebajikan Sosial Belia Kampung Boom berjumlah RM150,000 untuk membina bumbung dan menaiktaraf gelanggang futsal kampung berkenaan dan cek RM1,000 untuk aktiviti bulan Ramadan kepada Pengerusi Surau.

Turut disampaikan sumbangan zakat kepada 20 asnaf di kampung tersebut.

Sumbangan zakat diteruskan di Kampung Terus, Oya di mana Dato Sri Fatimah turut menyerahkan cek MRP kepada JKKK Kampung Terus sebanyak RM4,000 untuk pembelian alat siaraya dan komputer, cek RM30,000 untuk baikpulih bumbung dan kubah surau Darul Salam dan cek RM1,000 untuk aktiviti bulan Ramadan kepada Surau.

Program diteruskan di Kampung Teh, Oya dengan agihan cek MRP kepada JKKK Kampung Teh sebanyak RM130,000 untuk pembinaan Dewan Serbaguna Fasa 3 dan cek RM2,000 untuk aktiviti bulan Ramadan Masjid di samping sumbangan zakat kepada 30 asnaf.

Program berakhir dengan sumbangan kepada 20 asnaf di Kampung Balan Dalat serta penyerahan cek MRP kepada JKKK Kampung berkenaan. – EDISI UKAS

Share
0