Ahli Parlimen Baram Beri Bantuan Makanan Kepada Penduduk Rumah Agnes Ngarega Dan Petugas Barisan Hadapan

ISNIN, 19 APRIL 2021

TINJAR: Penduduk Rumah Agnes Ngarega, Tinjar telah dikenakan Perintah Sekatan Perjalanan pada 4 hingga 26 April 2021 ekoran adanya kontak rapat dengan pesakit COVID-19. 

Susulan itu, atas rasa simpati terhadap nasib penduduk Rumah Agnes Ngarega, Tinjar, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau menerusi Pusat Khidmat Parlimen Baram telah menghulurkan bantuan berupa makanan dan minuman pada Ahad. 

Turut juga diberikan petugas barisan hadapan yang telah mengawal sekatan di Rumah Agnes Ngarega.

Ahli Parlimen Baram yang diwakili Penghulu Desmond Yap dari Long Lama bersama beberapa orang telah menyampaikan bantuan kepada penduduk rumah panjang Agnes dan pasukan penguatkuasa yang bertugas. -EDISI UKAS

Share

add comment