Ahli Parlimen Batang Lupar Sumbang Pek Makanan Untuk Penduduk DUN Sebuyau

ISNIN, 19 APRIL 2021

SEBUYAU: Penduduk di kawasan DUN Sebuyau menerima sumbangan pek makanan daripada Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim

Sumbangan “Sentuhan Rohani” Infaq Ramadan itu diserahkan oleh wakil beliau, Penyelaras Kawasan DUN Sebuyau, Chacill Kemlen kepada setiap ketua masyarakat kampung di situ pada Isnin.

Urusan pengagihan bantuan itu akan diuruskan oleh setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing untuk diagihkan kepada penerima yang memerlukan bersempena menyambut bulan Ramadan tahun ini.

Sementara itu, rata-rata ketua masyarakat mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat Batang Lupar atas agihan sumbangan tersebut.-EDISI UKAS

Share

add comment