Bersyukur, Penduduk Kampung Tegarai Limbang Rasai Kenikmatan Pembangunan

ISNIN, 19 APRIL 2021

LIMBANG: Jika dahulu kehidupan penduduk di Kampung Tegarai memang susah khususnya ketika hendak ke Bandar Limbang untuk membeli barangan keperluan harian. 

Bagaimanpun, keadaan mula berubah apabila kemudahan awam dan asas telah disediakan Kerajaan Sarawak untuk kemudahan penduduk kampung. 

Ketua Kampung Tegarai Wahap Moktar ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak khususnya Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang begitu prihatin kepada penduduk di kampung ini. 

“Alhamdulillah, kemudahan perhubungan jalan bertambah baik dengan jalan raya berturap berbanding kehidupan dahulu memang susah khususnya ke bandar Limbang bagi membeli barangan keperluan harian. 

“Ini kerana keadaan jalan yang kadang kala becak dan hanya lori yang boleh melaluinya, tetapi sekarang semua kenderaan boleh menggunakannya.

“Dari segi kemudahan, kampung kami sudah mempunyai sebuah surau, dewan, gelanggang futsal dan jeti tempat menurun perahu,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di perkarangan Surau Kampung Tegarai pada Sabtu.

Manakala, dari segi perhubungan, menara telekomunikasi sudah didirikan dan ianya akan dipasang antena pada tahun ini seperti yang dijanjikan pihak SACOFA. -EDISI UKAS

Share

add comment