Dua Orang Dikompaun RM1,500 Selepas Didapati Tidak Patuhi SOP PKPB

ISNIN, 19 APRIL 2021

MIRI: Dua orang awam masing-masing telah dikompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Majis Bandaraya Miri (MBM) dalam kenyataan media pada Ahad menjelaskan mereka dikompaun selepas didapati tidak mematuhi SOP di bawah PKPB semasa memasuki pasaraya. 

“Mereka tidak mendaftar butiran peribadi di dalam buku rekod atau mengimbas melalui MySejahtera sebelum memasuki pasaraya,” jelasnya. 

Dalam pada itu, MBM yang diketuai Penolong Setiausaha Mohd Zaidi dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang diketuai diketuai Inspektor Mohd Nashriq Noring telah melakukan Operasi Penguatkuasaan Bersama Pematuhan SOP COVID-19 di Pasar Besar Krokop, Tamu Pujut Corner, Pasar Ikan Miri yang baru. 

Sementara itu, MBM menasihati masyarakat agar mengambil serius dalam pematuhan SOP dan memerhatikan SOP yang dilaksanakan di pasar, premis perniagaan dan tempat-tempat awam. -EDISI UKAS

Share

add comment