JKKK Kampung Sebangan Lawas Serah Bantuan Kepada Warga Emas

ISNIN, 19 APRIL 2021

LAWAS: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sebangan Lawas telah menyampaikan bantuan kepada Aman Anang pada Sabtu.

Aman, 80 tahun merupakan seorang warga emas dan tidak berkahwin serta tinggal bersendirian di Kampung Sebangan. 

Beliau menerima bantuan berupa makanan dan wang tunai yang disampaikan Ketua Kampung Bujang Dolrazak dan Jofariza Awang Kiflee. -EDISI UKAS

Share

add comment