ISNIN, 19 APRIL 2021
BINTULU: Sebanyak 12 set makanan kering telah diagihkan kepada penduduk di lapan pintu Rumah Gisa baru-baru ini.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban 20 orang penduduk Rumah Gisa yang dikenakan Pengesanan Kes Aktif (ACD) bermula pada 14 April lepas.
Selain Rumah Gisa, turut menerima bantuan makanan ialah penduduk di Rumah Jana.
Sebanyak 38 set makanan kering diagihkan kepada penduduk di 21 pintu.
Makanan ini adalah untuk membantu 68 orang penduduk di Rumah Jana yang turut dikenakan ACD pada 13 April 2021.
Turut membantu dalam penghantaran makanan ke Rumah Jana ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tatau
Hadir sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu Sebai Sumbang, wakil JKM Bahagian Bintulu Jelia Jemat dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau Jankey Jikat. -EDISI UKAS