Keterujaan Menunaikan Solat Terawih Tahun Ini

ISNIN, 19 APRIL 2021

SIMUNJAN: Selepas tidak dapat menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid dan surau gara-gara penularan wabak COVID-19 pada tahun lepas, jemaah Masjid Al-Ansari Kampung Kelka di sini yang ditemui malam tadi menyatakan Ramadan kali ini amat dinanti-nantikan.

Rata-rata jemaah masjid berasa teruja dan bersyukur kerana dapat melaksanakan solat fardu Isyak dan terawih secara berjemaah kali ini.

Para jemaah telah diberi peluang dan ruang untuk beribadah bersama-sama dan warga kampung amat teruja kerana tidak dapat berjemaah bersama pada tahun lepas.

Meskipun teruja, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Ansari Kampung Kelka akan memastikan jemaah yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka, membawa sejadah dan mengambil bacaan suhu badan.

Tadarus Al-Quran turut dijalankan selepas solat terawih dan tidak melebihi pukul 10 malam. -EDISI UKAS