Penyerahan Cek Peruntukan Khas Perdana Menteri Dan Cek MRP Di DUN Tarat

ISNIN, 19 APRIL 2021

SERIAN : Penyerahan Cek Peruntukan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin berjumlah RM100,000 bagi tahun 2021 untuk kegunaan projek dan aktiviti kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat telah diagihkan, pada Ahad.

Penyerahan disampaikan oleh Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn bertempat di Bilik Gerakan PBB Cawangan Tarat, Tapah.

Senarai projek dan aktiviti yang akan dilaksanakan menggunakan peruntukan tersebut adalah Aktiviti Kemasyarakatan Komuniti di Kampung Sinjok (RM10,000), Aktiviti JKKK Kampung Pala Baki Serian (RM10,000), Aktiviti Kelab Belia Kampung Sira (RM10,000), Aktiviti Ladies Guild St Michael Teng Bukap (RM10,000), Aktiviti Keceriaan dan Meningkatkan Kemudahan Bilik Gerakan JKKK Kampung Kerian (RM10,000), Aktiviti JKKK Kampung Kuang (RM10,000), Aktiviti JKKK Kampung Patung (RM10,000), Aktiviti Belia Kampung Ampungan (RM10,000), Aktiviti Kebajikan Penduduk Kampung Sebangkoi (RM10,000) serta Aktiviti JKKK Kampung Rituh Labuan (RM10,000).

Dalam masa yang sama, turut disampaikan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) tahun 2021 sebanyak RM70,000.00 untuk tujuan Aktiviti Kelab Ketua Masyarakat dan Ketua kaum bagi DUN Tarat (RM30,000) termasuk Insentif Pendidikan Bagi Jawatankuasa Pendidikan Tarat (RM40,000). -EDISI UKAS