PERYATIM Sibu Kini Dikenali Sebagai Komplek Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang, Sibu

ISNIN, 19 APRIL 2021

SIBU: Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Sibu kini bertukar nama menjadi Komplek Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang, Sibu setelah dirasmikan secara maya oleh Penaung PERYATIM Sibu, Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Bujang pada Isnin.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr. Annuar Rapaee berkata, beliau amat berbangga dengan kepimpinan di PERYATIM Sibu yang begitu cemerlang selama ini.

Menurutnya, banyak perubahan telah berlaku seperti perspektif masyarakat terhadap PERYATIM Sibu serta sokongan dan bantuan daripada masyarakat di situ.

Dr. Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menyeru masyarakat terutama di Sibu untuk terus menyalurkan sumbangan kepada PERYATIM Sibu.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi PERYATIM Sarawak Datu Misnu Taha serta Ahli Lembaga PERYATIM Sarawak merangkap Pengerusi Exco PERYATIM Sibu, Dato Mohamad Yusnar Matalie. – EDISI UKAS

Share

add comment