Program Jelajah Sarawak Ku Sayang Di Ulu Sungai Kebulu Jelalong

ISNIN, 19 APRIL 2021

TUBAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon melakukan Program Jelajah Sarawak Ku Sayang Di Ulu Sungai Kebulu Jelalong, Tubau pada Sabtu.

Jelajah ini bertujuan untuk meninjau keperluan penduduk di samping memantau Projek Bekalan Eletrik Luar Bandar (BELB) yang dilaksanakan di Rumah Panjang Jusong Peling dan Rumah Panjang Talip Punai. 

Selain itu, beliau memberitahu, Rumah Jusong akan mendirikan rumah panjang yang baru berdekatan dengan rumah mereka yang sedia ada.

Manakala, kerja-kerja meratakan tapak pembinaan rumah panjang baru bagi Rumah Talip melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) telah siap dilaksanakan termasuk pemasangan rangka rumah panjang mereka.

Justeru, Kennedy berkata, beliau akan membantu membekalkan atap rumah melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS).

Dalam pada itu, beliau juga berterima kasih kepada semua agensi dan kontraktor yang komited menyiapkan projek di kawasan pedalaman ini. –EDISI UKAS

Share
0