Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Erat Silaturahim Penduduk Daro

ISNIN, 19 APRIL 2021

DARO: Program bubur lambuk platform terbaik memupuk silaturahim diantara para belia dan komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad turut tampil merealisasikan objektif tersebut dengan bersama menjayakan Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Cawangan Daro, pada Ahad.

Program yang mampu memupuk semangat keprihatianan belia itu juga dimulakan dengan SABERKAS Unit Kampung Pangtray mengagihkan 600 bungkusan bubur lambuk di Kampung Pangtray, Daro.

Selain itu, program akan diadakan di sepuluh unit yang ada dalam Saberkas Cawangan Daro yang melibatkan sepuluh buah Kampung di tanah besar Daro.

Terdahulu, Safiee Ahmad berkesempatan berjemaah sembahyang Asar di Masjid Kampung Pangtray dan menyerahkan cek RM5,000 geran projek kecil luar bandar (MRP) beliau kepada pihak masjid.-EDISI UKAS

Share

add comment