Skuad Sayang Meradong Agih Bubur Pedas Untuk Penduduk Kampung Melayu Bintangor

ISNIN, 19 APRIL 2021

BINTANGOR: Skuad Sayang Meradong telah mengagihkan bubur pedas kepada penduduk Kampung Melayu Bintangor baru-baru ini.

Agihan bersempena bulan Ramadan itu diserahkan dari rumah ke rumah kepada penduduk di situ.

Pengerusi Skuad Sayang Meradong merangkap Ketua Wanita PBB  Meradong, Dayang Rajemah Abang Adeng memberitahu, pihak mereka begitu aktif dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan di situ.

“Kita telah mengagihkan bubur pedas kepada setiap rumah di Kampung Bintangor, sebelum ini kita  turut mengagihkan buah kurma dan air mineral kepada jemaah Masjid Darul Taqwa Bintangor.”

Difahamkan rombongan terbabit akan terus mengagihkan bubur pedas kepada penduduk kampung yang lain di sekitar kawasan Bintangor.-EDISI UKAS

Share

add comment