15 Projek MRP-PPRMS Kampung Selalang Telah Siap

SELASA, 20 APRIL 2021

SARIKEI: Sebanyak 15 buah rumah di Kampung Selalang telah siap dibaikpulih menerusi Projek Kecil Luar Bandar-Program Penambaikan Rumah Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) dengan peruntukan sebanyak RM45,100.

Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh telah menyempurnakan simbolik penyerahan projek pada Selasa.

Turut mengiringi beliau ialah Pegawai Daerah Sarikei, Christopher Ranggau bersama wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei.

Penerima projek merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya Datu Len di atas usaha meluluskan projek mereka itu.

Sementara itu, Datu len menjelaskan kerajaan GPS sentiasa memastikan rakyat terutamanya di luar bandar menikmati pelbagai projek pembangunan.

Beliau berharap, rakyat tidak mudah percaya dengan fitnah yang tidak berasas menidakkan usaha kerajaan membawa pembangunan kepada negeri ini. -EDISI UKAS

Share

add comment