ADUN Kabong Tinjau Jaringan Telekomunikasi, Serah Geran MRP Kepada Empat Masjid

SELASA, 20 APRIL 2021

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir turun padang untuk meninjau keadaan jaringan telekomunikasi di sekitar simpang Nyabor pada Isnin.

Selepas menunaikan solat Asar, Mohd Chee mengambil kesempatan menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Masjid Tok Amal Nyabor dan Masjid Lama Tok Amal Kampung Nyabor untuk melaksanakan aktiviti sempena Ramadan.

Hadir sama Penghulu Batni Saidon, Abang Ahmad Abang Ali, KK Kampung Nyabor Lama, Kabong bersama kedua-dua Pengerusi Masjid.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan geran MRP kepada Masjid Asasul Islam Kampung Alit dan Masjid Lama Kampung Alit, Kabong selepas mengerjakan solat Zohor secara berjemaah.

Hadir sama Ketua Kampung Kampung Alit, Kabong, Mazlan Julaihi. – EDISI UKAS

Share

add comment