ADUN Kuala Rajang Serah Sumbangan Kepada Masjid, Surau Sekitar Zon Sarikei

SELASA, 20 APRIL 2021

SARIKEI: Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh pada Isnin telah menyampaikan sumbangan cek untuk kegunaan aktiviti masjid dan surau di sekitar Zon Sarikei sepanjang bulan Ramadan.

Sebanyak 17 masjid dan surau terdapat di kawasan DUN Kuala Rajang dan jumlah keseluruhan sumbangan adalah sebanyak RM42,500.

Pada sebelah pagi beliau turut menyampaikan sumbangan serupa untuk masjid dan surau bagi Zon Tanjong Manis.

Kesemua sumbangan tersebut adalah peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR).

Sumbangan tersebut merupakan tradisi setiap Ramadan ADUN Kuala Rajang bagi mengimarahkan surau dan masjid meskipun pada masa kini tertakluk dengan SOP yang agak ketat.

Datu Len turut mengambil kesempatan mengingatkan warga Kuala Rajang khasnya dan rakyat Sarawak amnya agar sentiasa mengamalkan SOP, menjaga diri dan keluarga serta persekitaran kerana ia amat penting untuk memutuskan rantaian COVID-19. – EDISI UKAS

Share

add comment