Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sarawak Teruskan Kempen Kesedaran dan Survalen Wabak Penyakit Babi ASF Dan FMB Daerah Lawas

SELASA, 20 APRIL 2021

BA’KELALAN: Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sarawak Daerah Lawas meneruskan Kempen Kesedaran dan Survalen Wabak Penyakit Babi African Swine Fever (ASF) dan Foot and Mouth Diseases (FMB) di 11 buah kampung dalam Daerah Lawas pada Isnin. 

Antara kampung-kampung yang dilawati dalam kempen ini ialah Long Langai, Tala Buda, Long Rusu, Long Ritan, Punang Kelalan, Long Nawi, LOng Buda, Buduk Aru, Long Kumap, Long Rangat dan Long Ubau. 

Kempen di kawasan Ba’kelalan yang meliputi 11 buah kampung ini merupakan kedua terakhir dilaksanakan dan telah dilaksanakan dari 11 hingga 16 April 2021 dengan kebanyakannya merupakan penternak kerbau. 

Pemeriksaan telah dilakukan ke atas semua ternakan untuk memastikan setiap ternakan diperiksa dan direkodkan bilangannya sebagai rujukan pihak jabatan untuk tindakan seterusnya.

Dalam lawatan ke setiap kampung juga diadakan ceramah dan taklimat serta dialog bagi membolehkan para penternak memahami penyakit berkaitan ternakan ini.

Poster dan risalah berkaitan penyakit Babi African Swine Fever (ASF) dan Foot and Mouth Diseases (FMB) juga diagihkan kepada semua penternak bagi meningkatkan pengetahuan terhadap penyakit itu. 

Sehingga kini, hampir 98 peratus penternak sudah dilawati oleh pasukan Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sarawak dan sepanjang kempen diadakan tidak ada sebarang penyakit-penyakit berkaitan dikesan ataupun direkodkan.

Sepanjang kempen dan survalen ini dijalankan di daerah ini, kerjasama yang diberikan setiap penternak begitu sangat baik dan tiada kes positif berkaitan penyakit tersebut berlaku di Daerah Lawas ini.

Turut sama Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sarawak Dr. Chou, AVO Daerah Lawas Robine Asut dan AVO Hadanan Atong. -EDISI UKAS

Share

add comment