Kumpulan Berita Lawas Kitani Official Agih 1,000 Bubur Lambuk Percuma

SELASA, 20 APRIL 2021

LAWAS: Bersempena bulan Ramadan ini, kumpulan Berita Lawas Kitani Official telah menganjurkan program Agihan Bubur Lambuk di Medan Niaga Lawas pada Ahad. 

Pada program itu, sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk di Daerah Lawas. 

Aktiviti pengagihan bubur lambuk bermula pada jam 2.30 petang dengan orang ramai yang berada di Media Niaga Lawas menerima sumbangan tersebut. 

Menurut penganjur, aktiviti agihan bubur lambuk ini adalah bertujuan memperkukuhkan semangat kejiranan dan persaudaraan sesama Islam.

Di Lawas amalan bersedekah bubur lambuk di bulan Ramadan sudah menjadi aktiviti tahunan sebagai mengimarahkan bulan yang mulia ini. -EDISI UKAS

Share

add comment