Majlis Daerah Subis Terus Bantu Promosikan Pendaftaran Vaksin COVID-19

SELASA, 20 APRIL 2021

SUBIS: Majlis Daerah Subis telah mengambil inisiatif mengagihkan sendiri poster dan risalah vaksin COVID-19 yang disediakan Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk diagihkan kepada masyarakat di Daerah Subis bagi mempromosikan Program Vaksin COVID-19.

Inisiatif ini bagi membantu meningkatkan pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera, pendaftaran di pejabat daerah dan klinik kesihatan. 

Promosi vaksin COVID-19 telah dilaksanakan di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang yang telah dikenal pasti di Daerah Subis. 

Setakat ini, sebanyak 60 peratus dariapda 10,586 pintu rumah panjang dan kampung di Daerah Subis telah pun diedarkan risalah dan poster vaksin COVID-19. 

Bagaimanapun, bagi kampung dan rumah panjang yang berisiko jangkitan COVID-19 atau dikenakan sekatan pergerakan, tidak termasuk di dalam jadual penghantaran kerana mereka perlu menjaga keselamatan pegawai dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

Share

add comment