Penyerahan Bantuan Makanan Kepada Keluarga Yang Dikenakan Arahan Kuarantin

SELASA, 20 APRIL 2021

KUCHING: Prihatin dengan bebanan yang ditanggung keluarga yang dikenakan arahan kuarantin di rumah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kakitangan Pusat Khidmat DUN Pantai Damai telah menghantar bantuan makanan asas kepada mereka yang terjejas pada Selasa.

Sumbangan dihantar melalui Jawatankuasa PBB Ranting, Penghulu dan Ketua Kaum di beberapa buah kampung yang terlibat iaitu Kampung Salak, Kampung Buntal dan Kamoung Santubong.

Sumbangan makanan yang diserahkan itu diharap dapat meringankan sedikit beban para penduduk yang terlibat dengan arahan kuarantin dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, penduduk kampung yang terlibat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri merangkap ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abd Rahman Junaidi dan kakitangan Pusat Khidmat DUN Pantai Damai. -EDISI UKAS