Program Jelajah Sarawak Ku Sayang Di Jelalong, Tubau

SELASA, 20 APRIL 2021

TUBAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon melakukan Program Jelajah Sarawak Ku Sayang di Jelalong, Tubau pada Sabtu.

Pada program tersebut, beliau telah meninjau Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan perkhidmatan wifi di Rumah Panjang Rasa Dangon.

Selain itu, beliau juga telah meninjau projek yang sama termasuk pemantauan keadaan gereja di Rumah Panjang Julaihi Keti.

Seterusnya, Kennedy juga telah melakukan tinjauan Projek BELB, RTP dan perkhidmatan wifi di Rumah Panjang Ningkan Jawie dan Rumah Panjang Drick Gani serta Projek Pemasangan Jubin di kedua-dua buah rumah panjang itu. –EDISI UKAS

Share

add comment