Pusat Khidmat DUN Kakus Agih Bantuan Makanan Kepada Penduduk Rumah Jana, Rumah Gisa Dan Rumah Jiram

SELASA, 20 APRIL 2021

TATAU: Akibat pelaksanaan Pengesanan Kes Aktif (ACD) di Rumah Jana, Rumah Gisa Dan Rumah Jiram telah menyebabkan penghuninya tidak dapat keluar membeli makanan mahupun ke kebun untuk mendapatkan makanan.

Justeru, Pusat Khidmat DUN Kakus telah mengambil inisiatif menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas di ketiga-tiga buah rumah panjang tersebut pada Isnin.

Di Rumah Jana, sebanyak 21 pek makanan telah diagihkan kepada 21 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi keperluan 68 orang penghuni rumah tersebut. 

Sementara itu, di Rumah Gisa pula sebanyak 8 set makanan telah diagihkan kepada 8 KIR yang memberi manfaat kepada 20 orang penduduk. 

Manakala di Rumah Jiram, 14 set makanan telah diagihkan untuk keperluan 14 KIR. 

Menurut wakil Pusat Khidmat DUN Kakus, Eugene John Sikie bantuan makanan ini adalah untuk meringankan beban penduduk di rumah panjang berkenaan berikutan pelaksanaan ACD di kawasan tersebut.

ACD dilaksanakan di tiga buah rumah panjang itu selama dua minggu bermula pada 14 hingga 27 April 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment