SELASA, 20 APRIL 2021
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang merealisasikan permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Arang bagi menaik taraf bumbung pejalan kaki di sekolah tersebut.
Lo Khere Chiang berkata, kerja-kerja naik taraf itu akan dilaksanakan melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang berjumlah RM150,000.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan memberitahu, projek tersebut mengambil masa kira-kira tiga bulan yang akan bermula pada 26 April ini dan dijangka siap 25 Julai 2021.
Sehubungan itu, beliau meminta warga sekolah untuk berhati-hati semasa projek itu dijalankan kelak.
Justeru, projek itu akan memudahkan warga sekolah untuk bergerak di kawasan sekolah ketika musim hujan.–EDISI UKAS