Saringan Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) Di Kampung Rayang Serian

SELASA, 20 APRIL 2021

SERIAN: Pejabat Kesihatan Bahagian Serian telah mengadakan Saringan Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) di Kampung Rayang Serian bermula pada 20 April sehingga 23 April 2021.

Saringan ACD tersebut diadakan selama empat hari dan dibahagikan mengikut zon.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn merangkap Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak menyeru semua penduduk Kampung Rayang untuk hadir membuat ujian saringan COVID-19 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Serian.

Beliau juga mengingatkan semua penduduk di kawasan DUN Tarat agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment