Vaksin COVID-19: 144 Petugas Barisan Hadapan & Kakitangan Kerajaan Di Lundu Terima Suntikan Dos Kedua

SELASA, 20 APRIL 2021

LUNDU: Seramai 144 orang lagi petugas barisan hadapan dan kakitangan kerajaan di Lundu hadir untuk melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 pada Selasa.

Kesemua mereka tiba pada pukul 9 pagi bagi menerima suntikan dos kedua vaksin berkenaan di Dewan Masyarakat Lundu.

Program vaksinasi bagi dos kedua di daerah Lundu juga akan dijalankan esok dan Khamis. -EDISI UKAS

Share

add comment