178 KIR Rumah Awal Dan Blok N, RPR Sungai Plan Terima Bantuan Makanan

RABU, 21 APRIL 2021

BINTULU: Rumah Awal, Jalan Bintulu-Miri dan Blok N, RPR Sungai Plan, Kidurong yang telah dikenakan Perintah Kawalan Penuh Pergerakan (PKPD) telah menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu pada Selasa. 

Seramai 178 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan makanan kering ini untuk tempoh dua minggu atau sehingga tamat PKPD. 

Bantuan ini dapat membantu meringankan beban penduduk yang tidak dibenarkan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan dan urusan lain. 

Penduduk Rumah Awal, Jalan Bintulu-Miri telah diarahkan menjalani kuarantin bermula 16  hingga 29 April dan Blok N, RPR Sungai Plan pula menjalani kuarantin bermula 12 hingga 25 April ekoran daripada adanya kontak rapat dengan pesakit COVID-19 sebelum ini. 

Semua penduduk yang menjalani kuarantin dinasihatkan bersabar serta sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta arahan daripada pihak berwajib. -EDISI UKAS

Share

add comment