258 Guru & Kakitangan PPD Lundu Terima Dos Kedua Vaksin COVID-19

RABU, 21 APRIL 2021

LUNDU: Seramai 258 orang lagi telah melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 bagi Program Vaksinasi Peringkat Daerah Lundu pada Rabu.

Sebahagian besar daripada penerima vaksin dos kedua itu adalah warga guru dan kakitangan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu.

Program vaksinasi bagi dos kedua di Daerah Lundu juga akan diteruskan pada keesokan hari di Dewan Masyarakat Lundu. -EDISI UKAS