39 Pintu Rumah Philip Entalai Terima Bantuan Makanan

RABU, 21 APRIL 2021

BINTULU: Seramai 39 pintu Rumah Philip Entalai menerima bantuan makanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu pada Selasa. 

Bantuan makanan ini diberikan ekoran Pengesanan Kes Aktif (ACD) di kawasan tersebut selama 14 hari yang bermula pada 16 April lepas. 

Agihan makanan ini bertujuan meringankan beban penduduk yang tidak dibenarkan keluar dan masuk bagi membendung penularan wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment