ADUN Daro Pastikan RTP Dilaksana, Beri Manfaat Kepada Penduduk

RABU, 21 APRIL 2021

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad mengambil pendekatan tersendiri untuk memastikan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) memberi impak kepada rakyat menerusi perbincangan dan mesyuarat.

Pada Selasa, beliau bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Daro berbincang mengenai projek dalam Mesyuarat Penyelarasan RTP 2021 bagi DUN Daro di Pusat Khidmat DUN Daro.

Beliau mahu setiap projek RTP di kawasan itu dapat dilaksana dengan baik selain penyediaan spesifikasi perlu diteliti dari pelbagai sudut bagi memastikan kejayaan projek.

Pada program berasingan, Safiee telah menyampaikan cek projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM57,000 kepada 12 jawatankuasa masjid dan surau di kawasan tanah besar Daro.

Sumbangan adalah bagi mengimarahkan masjid dan surau sempena bulan Ramadhan ini.

Dalam pada itu, Safiee berharap jawatankuasa masjid dan surau memaklumkan kepada beliau jika ada keperluan untuk diusahakan.

Sementara itu, Safiee turut memeriahkan Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Cawangan Daro yang diadakan di Kampung Masjid Daro, pada hari yang sama.

Program juga dijayakan dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Masjid Hilir Daro dan merupakan kesinambungan kepada dua buah program sebelum ini.-EDISI UKAS

Share

add comment