Balai Raya Sebauh Dicadangkan Sebagai Pusat Program Vaksinasi COVID-19 Fasa 2 Daerah Sebauh

RABU, 21 APRIL 2021

SEBAUH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBB) Bintulu yang diketuai Pengerusinya, Jack Aman Luat telah mengadakan lawatan ke Balai Raya Sebauh pada Isnin. 

Menurut Jack Aman yang juga Residen Bahagian Bintulu, Balai Raya Sebauh dicadangkan untuk dijadikan Pusat Program Vaksinasi COVID-19 Fasa 2 Daerah Sebauh. 

“Lawatan tersebut bertujuan untuk menambahbaik kelengkapan bagi persediaan Program Vaksinasi bagi Daerah Sebauh yang dijadualkan pada Mei 2021.

“Persiapan tersebut turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA),” katanya semasa ditemui selepas mengadakan lawatan dan tinjauan di Balai Raya Sebauh pada Isnin. 

Hadir sama Pengurus Besar BDA Muhamad Yakup Kari, Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi dan wakil Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Nurul. -EDISI UKAS

Share

add comment