Datuk Dr Jerip Susil Sumbang Bantuan Makanan Ke PULAPOL Kuching

RABU, 21 APRIL 2021

KUCHING: Susulan daripada pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Menteri Muda Pengangkutan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil menyumbang bantuan makanan kepada penghuni kuarters di situ pada Selasa.

Sebanyak 225 isi rumah menerima bantuan makanan sepanjang PKPD dilaksanakan bermula pada 16 April hingga 29 April 2021.

Selain itu, ujian pengesanan COVID-19 di kuarters tersebut telah dijalankan pada 17 April 2021 dan terdapat 465 orang dikesan positif COVID-19 setakat 19 April 2021.

Dalam pada itu, pihak PULAPOL merakamkan penghargaan kepada Datuk Dr Jerip di atas bantuan makanan berkenaan dan sentiasa peka dengan masalah rakyat di kawasan beliau. –EDISI UKAS

Share
0