Lawatan Tapak Projek RTP 2021 ADUN Simunjan

RABU, 21 APRIL 2021

SIMUNJAN: Pihak Pejabat Daerah Simunjan telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan bagi tahun 2021, pada Selasa.

Lawatan turut disertai agensi pelaksana iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan serta Majlis Daerah Simunjan bagi meninjau 14 buah projek RTP berjumlah RM1,430,000 tersebut.

Senarai projek yang dilaksanakan tahun ini ialah Membina Sistem Perparitan Utama Kampung Temiang, Bina Semula Sistem Perparitan Kampung Emplas, Memasang Culvert dan Naik Taraf Jalan Lorong Kampung Temiang, Membina Sistem Perparitan Depan Rumah Panjang Kampung Sungai Raya, Bina Baru Sistem Perparitan SK Abang Man, Bina Baru Dataran Kelka Darat, Bina Baru Dataran dan Geari Depan Masjid Al-Ansari Kampung Kelka, Bina Baru Sistem Perparitan Kampung Kelka Ulu (Berhampiran Rumah Cikgu Kamil), Bina Baru Sistem Perparitan Kampung Kelka Ulu (Berhampiran Rumah Cikgu Rabuni), Naik Taraf Sistem Perparitan Kampung Nanas Hilir,Naik Taraf Sistem Perparitan Kampung Nanas Hulu, Membina Pagar Masjid Kampung Tanjung Harapan, Membina Pagar Masjid Kampung Tanjung Pisang dan Membina Dataran Kejat dan Sistem Perparitan Kampung Selangking.

Lokasi projek pula terletak diKampung Temiang, Kampung Emplas, Kampung Sungai Raya, Kampung Kelka Ulu, Kampung Kelka Hilir, Kampung Tanjung Harapan, Kampung Tanjung Pisang, Kampung Selangking, Kampung Nanas Hilir,Kampung Nanas Hulu.

Terdahulu pada Isnin, Pejabat Daerah Simunjan bersama agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan juga turut mengadakan lawatan yang sama bagi 10 buah projek RTP ADUN Simunjan bagi tahun 2021 dengan peruntukan sebanyak RM1,030,000. -EDISI UKAS

Share

add comment