Naik Taraf Pasar Besar Krokop, Peniaga Dipindahkan Ke Lokasi Sementara

RABU, 21 APRIL 2021

MIRI: Peniaga di Pasar Besar Krokop dipindahkan ke lokasi sementara bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf pasar itu dilaksanakan. 

Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang yang melakukan tinjauan di Pasar Besar Krokop pada Rabu berkata, perpindahan sementara itu bagi membolehkan peniaga terus menjalankan perniagaan dan pendapatan mereka tidak terjejas.

“Ketika ini kerja-kerja menaik taraf Pasar Besar Krokop Fasa 4 sedang dijalankan bagi meningkatkan kemudahan pasar ini. 

“Projek ini telah pun bermula pada 1 Mac dan dijangka siap pada 1 Jun 2021,” katanya. 

Mengulas lanjut, Adam Yii mengucapkan terima kasih kepada peniaga yang terlibat kerana memberikan kerjasama dalam memastikan kerja-kerja menaik taraf Pasar Besar Krokop Fasa 4 dilaksanakan mengikut jadual. -EDISI UKAS

Share

add comment