Pengesanan Kes Secara Aktif COVID-19 Di Kawasan Kampung Sungan

RABU, 21 APRIL 2021

TEBEDU : Seramai 37 pelajar di Sekolah Kebangsaan Sungan termasuk 44 keluarga dari Kampung Sungan telah menjalani ujian saringan COVID-19 menerusi Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD),pada Rabu.

Menurut Pegawai Kesihatan yang bertugas, usaha yang akan dilaksanakan sehingga 4 Mei 2021 itu bertujuan memastikan semua individu yang dikhuatiri kontak rapat pesakit COVID-19 dapat dikesan sepenuhnya dan dipakaikan gelang kuarantin.

Selain itu, sekatan jalan raya juga akan dijalankan di simpang masuk kampung bagi menghalang pergerakan keluar masuk kampung dalam tempoh 14 hari. -EDISI UKAS

Share
0