Residen Serian Serah Sumbangan Peralatan Bukan Perubatan

SERIAN: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Serian yang juga Residen Serian, Tuah Suni menyerahkan peralatan bukan perubatan kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Serian dan Angkatan Pertahanan Awam Serian, pada Rabu.

Peralatan tersebut adalah untuk kegunaan di Pusat Kuarantin, Serian.

Antara sumbangan peralatan bukan perubatan tersebut adalah 3 unit komputer riba, mesin pencetak, papan tulis, ‘freezer sampling’ dan keperluan lain.

Dr. Edmund Shin Chin Vui dari Pejabat Kesihatan Bahagian Serian, manakala LT (PA) Mohd Irwandhy Paijan, Pemangku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Serian telah menerima sumbangan tersebut. -EDISI UKAS