Rumah Panjang Nanang Dikenakan ACD, JKM Bahagian Bintulu Agihkan Bantuan Makanan

RABU, 21 APRIL 2021

TATAU: Ekoran Pengesanan Kes Aktif (ACD) di Rumah Nanang, Nanga Temajai yang dilaksanakan bermula 19 April 2021, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu telah mengagihkan bantuan makanan untuk keperluan penduduk pada Rabu.

Sebanyak 20 set makanan diagihkan kepada 10 pintu bagi membantu 36 penduduk Rumah Panjang Nanang. 

Agihan makanan telah disampaikan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu Taddy Ajin kepada petugas barisan hadapan yang bertugas untuk diagihkan kepada penduduk Rumah Panjang Nanang. -EDISI UKAS