Rumah Sewa Dikenakan PKPD Ekoran Kontak Rapat Dengan Kes Positif COVID-19

RABU, 21 APRIL 2021

MARUDI: Sebuah bangunan yang dijadikan rumah sewa di Jalan Cempaka, Kampung Cina, Marudi yang mempunyai 22 bilik dan didiami 98 orang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ekoran mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19. 

Sehubungan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marudi telah menghantar bantuan makanan kepada penduduk bagi meringankan beban mereka. 

Sebanyak 74 pek makanan, 8 lampin pakai buang dan 6 susu bayi telah diagihkan kepada penduduk bagi keperluan seharian untuk tempoh 14 hari. -EDISI UKAS

Share

add comment