34 KIR Rumah Manggi Igom Terima Bantuan Makanan Daripada ADUN Batu Danau Dan JPBB Limbang

KHAMIS, 22 APRIL 2021

LIMBANG: Seramai 34 Ketua Isi Rumah (KIR) Rumah Manggi Igom menerima bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau yang juga Pengerusi SABERKAS Cawangan Batu Danau Paulus Palu Gumbang pada Rabu.  

Turut menyampaikan bantuan makanan ialah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JBBB) Limbang yang diwakili Timbalan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang. 

Ini merupakan sumbangan bantuan makanan kali kedua yang diserahkan kepada penduduk di Rumah Manggi Igom Kampung Menuang Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 8 April lepas. 

Sepanjang tempoh itu, penduduk tidak dibenarkan untuk keluar dan masuk dari kediaman mereka bagi mengelak penularan wabak COVID-19. 

Turut hadir Pegawai Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Limbang Alexander Lukar dan Pegawai Khas ADUN Batu Danau merangkap Setiausaha SABERKAS Cawangan Batu Danau Jimmy Ngindang Bau. -EDISI UKAS

Share

add comment